Monday 29 November 2021

Berehat Panjang di musim Pandemik

  Salam 1covid.. wahh.. cuti yang panjang ni benar2 dipaksa dan terpaksa untuk berehat sahaja.. macam2 perkara yang dilalui pada musim ni, sedih pilu, gembira suka, dan pelbagai ragam lagi.. namun aku tetap tempuhi dan ambil sesuatu ilmu walaupun spek masalah yang di lalui tu tentang perkara yang tak masuk akal kalau di fikirkan, bagi aku pasti ada sesuatu yang Maha pencipta nak bagi dalam hal itu.. jadi.. jangan fikir kenapa masalah itu lagi atau kenapa mengapa bagaimana masalah yang bukan dari kehendak dan bidang kita.. tapi kupas.. imbas.. carik2 lah pada rumusannya nanti.. mesti jawapan.. nilaian.. dan apapun ianya.. itulah yang dihantar untuk kita buat masa ini.. dan ajarkan diri aku ni untuk sentiasa redha yang sebenar redha pada apa yang diberikan baik atau pun sebaliknya dan cara ini buatkan aku dapat release that think to big positive minds.. lega dan bebas dari bebanan hidup..

 Aku faham, tahu dan lali tentang kejadian hidup dalam masa2 pandemik nih.. cerita agak sama tapi kurang serupa.. cuma tetaplah berdoa supaya dunia terbebas dari hal demikian penyakit juga ancaman yg serupa lagi masa akan datang.. terasa lagi bebanan dan lenguh pada sesendi di dalam otak ni.. tanpa pendapatan yang cukup, tiada keperluan yang stabil seperti masa lalu, cabaran keluarga yang baru tumbuh membesar ni lagi memberikan haruk pikuk yang maksimal dan total beban, memberikan kesan yang panjang pada alur lekuk kehidupan ini..  Allah... aku tanggung kan itu semua secara sendirian dan aku jadikan rahsia yang aku simpan dari pengetahuan keluarga.. lagi2 permaisuri dan putra putri aku.. biarlah aku yg ambik seluruh rasa dari kulit hingga ke akarnya.. pahit atau manis aku tetap juga akan mamah sendiri maka untuk yang disayangi hanya buah ranum dan manis rasanya akan aku hidangkan. aku tak nak rasa pada aku terpalit  rasa dan jadikan kesan untuk sejarah mereka.. aku tersenyum terus dan memaksa untuk sembunyikan rasa di maki di cerca di marah dari mereka yang aku jumpa atas urusan meminta sedikit laluan pada hutang yg aku nk tangguh tempohnya.. jadi pengemis pada duit sendiri.. rasa malu nak rayu sebab beliau yang ada debit dengan aku pun muka bersahaja tanpa ada semacam rasa salah atau tanggung jawab pada hal tu, dan aku pulak macam pengemis yang nak tak diundang merayu2 padahal aku nak haq dikembalikan dan tak memaksa pada amaun penuh cuma sedikit2 bagi ringankan diri aku.. benda dah bertahun pun dan dari zaman sebelum pandemik lagi hal ni dah di riwayatkan, pernah aku mention hal ni awal2 nya dulu, dan kini aku datang diwaktu alasan yang lebih kukuh untuk beliau katakan pada aku.. PKP.. COVID.. TAK KERJA.. DAN ARGHHHH @$×£=@$×₩  Istigfar dan selawat lah jadi penawar hati aku yang rasa kecewa.. balik rehat dan pejamkan mata.. esok bangun lagi dan dah terpadam rasa2 yg memenuhi ruang jiwa kontang aku.. aku tahu.. kita rasa benda yang kurang dan sama untuk hal2 demikian.. itulah liku2 cabaran ujian garapan agar jiwa jadi lebih kuat matang lebih sabar lebih dan lebih positif pada kisah2 yang bakal mendatang nanti.. ambil sepotong ayat ni, "tidaklah terbukti Iman dan kekuatan pegangan seseorang itu selagi tidak diberikan ujian yang boleh diselesaikan pada mereka" ringkas kan..? ada ilmu.. tanpa peprikasaan dan ujian mutu pada mereka yang dah pelajarinya maka tak boleh lah berkata megah yang diriinya org yang ada ilmu dan kehebatanya.. kan.. itulah sukat turas pada aras kentalnya jiwa serta pengalaman yang ada. 

Ok.. apapun.. jangan lupa yang kita ni masih lagi diberikan masa tempoh perjalanan juga masih ada lgj ujian yang perlu di jawab dengan pengalaman dan penghasilan jiwa yg hebat ni.. jangan kita mengalah.. teruskan dan janji dari Pencipta kehidupan adalah tidak akan dibiarkan kita sendirian didunia ini..  ingat Allah sentiasa bersama kita yang inginkan Allah sebagai pasangan nurani juga memberikan keringanan dalam hal yg beban ini.. jaga diri serta jaga2 pada wabak dan jaga kebersihan diri juga hati nurani.. biar sentiasa bersih supaya segalanya mudah dilakukan..

"kita jaga Allah (ibadah), maka..

Allah sentiasa manjaga kita dan dunia"

jazakallah khairan kasiron mubarokah.. 

terima kasih..

Monday 6 June 2011

BELAJAR & KENALI DENGAN LEBIH DEKAT TENTANG ENJIN JET

Apa itu Enjin Jet? Adakah pengetahuan anda mengenai Enjin Jet ini sekadar melihat kapal terbang Jet pejuang yang  mundar mandir di awan?? atau memang anda tahu secara dekatnya tentang perkara ini? atau pun anda memang langsung tidak tahu tetapi ada usaha, minat dan sedikit pengetahuan mengenai Enjin Jet tersebut? Walau apapun yang bermain di fikiran anda sekarang saya pasti anda tentunya ingin tahu dengan lebih lanjut. Suka saya maklumkan bahawa pengetahuan tentang perkara tersebut amatlah terbatas di negara kita ini. Walhalnya teknologi ini sebenarnya teknologi yang mudah untuk kita fahami. Tidak semudah untuk kita mempelajari teknilogi dalam bidang enjin-enjin lain seperti enjin kereta , motor ataupun lori. Perkara yang dianggap susah sebenarnya adalah satu pelajaran yang ringkas. Lazimnya apabila ditanya soalan kepada salah seorang orang awam mengenai enji Jet atau Enjin Boieng rata-rata mereka akan berkata "Wow!! Besar tu...!!!"   " Berapa banyak kos nak guna??"   " Nak buat apa dengan enjin Jet?"  "Susah tu nak buat"  "Kita bukan Mat Salleh mana boleh" ini adalah sebahagian dari jawapan yang saya sering terima sewaktu saya menjalankan servey bagi mengambil tahu pandangan dan pendapat orang-orang di negara kita ini. Saya tidak pernah kecewa mahupun berduka malah menarik minat saya untuk memberikan pendekatan kepada masayarakat serta meraeka yang mempunyai minat untuk belajar tentang Teknologi ini. Ini bukan perkara baru tetapi baru kita nak kenal jadi usaha itu penting walaupun tiada wang ringgit yang berjuta. Cuma kemahuan untuk maju mesti ada dan kuat ditanam kan dalam diri kita. Tunjukan minat anda dan saya akan berikan ILMU kepada anda. Saya harapkan kepada semua pembaca terutama rakyat Malaysia ambillah peluang ini seperti sebungkal Emas di depan mata cuma perlu dicuci supaya dapat dijual hasilnya. Insyaallah..